ALOR SETAR: Seorang peniaga menjual aneka makanan termasuk kambing panggang pada harga RM3 di Jalan Datuk Kumbar, di sini, sejak enam bulan lalu.
Pemilik Rumah Kedai Tiga Ringgit, Noorwarda Mohd Noor, 31, berkata, harga makanan dijual hanya RM3 bagi memberi peluang kepada pelanggan menikmati pelbagai menu masakan.
Ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan, pendekatan diambil selaras hasrat untuk berkongsi rezeki bersama orang ramai.
"Kami menawarkan lebih 100 makanan terdiri daripada menu Barat, Melayu, China dan Korea, malah turut menawarkan pelbagai menu pencuci mulut.
"Paling istimewa, ada kambing panggang, megi udang galah dan 'macaroni cheese'," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Noorwarda berkata, harga menu RM3 termasuk makanan vendor itu dirasakan murah dan berpatutan malah kuantiti disediakan sepadan dengan makanan berkenaan.
Katanya, dengan keadaan ekonomi sekarang, harga makanan tersebut masih berbaloi dan bersesuaian untuk seisi keluarga.
"Untuk kambing panggang, kami mengecilkan saiz makanan itu untuk dijual pada harga RM3 bagi membolehkan semua orang merasa.
"Kita hendak bagi semua orang merasa segala makanan ada tidak kira menu Barat atau tempatan.
"Jika buat saiz besar mungkin tidak mampu tapi saiz kecil semua mampu beli," katanya.
Menurutnya, walaupun sedikit namun dia masih mampu meraih keuntungan hasil jualan menu RM3 tersebut.
Tambah pemegang Diploma Kulinari dari Food Institite of Malaysia itu, setakat ini sambutan positif diterima daripada pelanggan.
"Alhamdulillah, kira-kira 500 orang akan datang ke kedai hampir setiap hari untuk mendapatkan makanan RM3 diinginkan," katanya.
Noorwarda memberitahu, kedainya yang beroperasi dibantu lapan pekerja itu dibuka bermula jam 12 tengah hari selama lima hari dari Ahad hingga Khamis.
"Ada ketika, makanan habis licin dalam tempoh dua jam hingga kedai ditutup awal pada jam 2 petang, dan ada ketika jam 3 petang atau lewat sedikit," katanya.
Menurut Noorwarda, untuk perancangan masa hadapan, dia akan membuka cawangan kedai terbabit berhampiran Aman Sentral dalam tempoh terdekat ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 03 2023
Noorwarda (kanan) tidak menang tangan melayan pelanggan yang membeli aneka makanan berharga RM3 dijualnya. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.
Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi
Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.